Sunday 10 November 2013

makanan tambahan semasa hamil

assalam...

tentu ada mommies di luar sana yang memang tak ambil supplement yang dibekalkan KKIA kan? sama la kita. aku tak boleh betul dengan bau vitamin b complex tu. Awal pregnant, aku consume jugak shaklee, tapi alahan menyebabkan perut dan tengkuk aku tak mau langsung nak terima. so, aku just consume acid folic yang dibekalkan KKIA. itu pun macam nak berperang je aku makan.

masuk 5 bulan, aku consume balik segala jenis ubat yang dibekalkan. walaupun still tak boleh blah dengan bau bcomplex tu. aku ambil action beli obimin. all in 1. tapi obimin ni kandungan iron nya agak kurang. so aku consume jugak iron tablet yang KKIA bagi tu. tapi kalau tak mau, boleh la consume Iberet Folic. itu pun bagus. aku tak beli iberet pasal hb aku so far, normal2 aja.

selain itu, aku jugak ada consume neurogain sebaik sahaja 7 months pregnancy disamping kurma,walnut dan badam yang aku ambil sepanjang preggy ni. semoga otak dan akal anak aku berkembang dengan cerdas dan nadan yang sihat. jadi anak yang cerdik dan soleh ye sayang.



masa is balik hari tu, is ada buatkan selusuh engan air zam-zam. nanti start masuk 8 bulan baru aku nak minum. sekarang aku tengah tunggu set berpantang yang aku beli. tak sampai lagi. dalam tu ada vco yang jugak boleh dijadikan selusuh. nanti aku baca ayat selusuh kat vco tu pulak. nak suruh is, dia dah kat johor.. huhuhu kena buat sendiri la. kalau is dtg lg nanti, suh dia tambah2kan bacaan. heheh.aku beli set tanamera yang korang boleh beli online di sini.... aku akan review produk ni lepas aku guna yek.

itu aje.
wassalam.

Wednesday 6 November 2013

persiapan menyambut kelahiran - beg bayi dan beg ibu

assalam

is balik kali ni macam2 aku suruh. kali ni suruh dia prepare beg untuk baby Umar pulak. Ok as aku refer banyak blog, ni la check list barang yang perlu ada:

BEG BAYI:
  1. beg
  2. mitten and booties 3 pasang
  3. minyak yu yee
  4. baju 3 helai
  5. diapers 5pcs - aku beli drypers newborn
  6. barut and bedung 3 helai
  7. bedak pure cornstarch - FYI bedak yang mengandungi talc boleh menyebabkan cancer in long run
  8. baby cleanser - aku beli sebamed
  9. wet wipes
  10. towel
  11. hooded blanket
BEG MAMA:
  1. beg
  2. kain batik 2 helai
  3. longsleeves tshirt 2 helai
  4. buku merah dan ic
  5. minyak tapel/minyak panas
  6. buku ruqyah Haron Din- ni ada bacaan doa selusuh/surah yassin
  7. towel badan dan towel muka
  8. toileteries
  9. tudung ekspres
  10. maternity pad/longnight heavy flow
  11. selipar
  12. underwear and nursing bra
  13. sweater
  14. breastpad
  15. tisu
  16. breast pump dan botol susu - ni option. dengarnya pihak hospital dh sediakan

DIY brooch cotton

assalam. entry kali ni x banyak melalut. just gambar je


barang baby dah setel

assalam. alhamdulillah.

barang nak sambut kelahiran baby dah setel. is balik hari tu terus setelkan. siap basuh lagi. tq, abg. aku beli sikit2 je. nanti dah lahir, mama beli lagi ye. masa beli ni belum tahu pun jantina baby. sebab kitorang g beli sehari before g scan. tapi as mama dia ni memang fanatic biru, maka birula jawabnye. basic pun dah berhabis almost RM 500 jugak. barang baby memang mahal. lagipun aku n is beli yang 100% cotton. baby skin ni kan sensitif. beli yang berkualiti ni boleh guna untuk long range. hai, anak... bertuahnya kamu.


sambil membeli barang baby aku, beli jugak playgym ni untuk anak buah aku si baby ilham. heheh. this is a present from mama, papa is and umi tau, syg ilham. main elok2 tau.

tadaaĆ !


playgym ni antara mainan yang boleh merangsang minda lil kids sebab dia ada mcm2 shape toys and sounds.

scan baby 7 months pregnancy

assalam,

dah 7 months, tapi sku still lsgi belum tahu jantina baby dalam perut ni. so semprna kedatangan papa dia ke Terengganu 5 hari bercuti ni, elok jugak aku manfaatkan beliau untuk scan. konon nak ada feeling sama2 tengok jantina baby kat skrin tu. hehe.

so, kitorang pun pergila pagi2 sebab agak excited di situ. hehe. actually kami berdua tak kesah apa sahaja jantina tapi lumrah orang tua iaitu my parents, kalau boleh, biarla boboy untuk yang sulong. tapi diorang pun sebenarnya tak kesah. asalkan semua sihat dan selamat.

actually, i do concern more about posisi baby and posisi uri. macam2 kes yang aku baca yg membuatkan aku tak tenang. after scan, alhamdulillah semuanya ok di kedudukan yang betul. my baby pun terbentuk dengan baiknya. tengok kepala dia, jantung dia berdenyut, kaki dia, tangan dia, backbone dia,... wahhhhh tingginya kuasaMu Allah. then, doc cakap sambil tunjuk... "ni penis dia. dah confirm ni sebab baby dah besar and nampak jelas." alhamdulillah.

setel je hal scan, kitorang g jalan2. papa dia cam excited plk and suddenly he said, "syg, boleh tak abg nk namakan dia umar? abg nk jgk" aku ni tgamam sket sebab before ni dia kata taknak campur. xkesahla nak bagi nama pape asalkan yg baik2. so, untuk hargai keterujaan si autobot aku ni, aku iayakan je. keterujaan itu membahagiakan aku.

ni aku amik pakai hp. diorg x bg softcopy
sebelah gambar kepala baby sebelah lagi gambar pistol dia..hehe. xclear sgt. tgok gambar lg clear.

Those yang nak scan kat area Terengganu ni, aku suggestkan Pusat Perubatan Intan yang terletak di Durian Burung,KT. doktornya semua perempuan dan lemah lembut. regular checkup and normal delivery boleh buat di sini. kos scan saha just RM 40. tapi hanya scan 2d je. aku dah survey, 3d scanning hanya di besut and kemaman untuk negeri Terengganu ni.

Pusat Perubatan Intan (24 hours)
no 2236 jalan kelantan, kampung padang, 20500 KTrg.
096241458


okla dah panjang sangat entry kali ni.

wassalam.

Thursday 31 October 2013

masak lemak cili api sotong sumbat

assalam, hari ni aku rasa macam rajin nak masak something yang aku tak pernah masak. maka terjadilah masak lemak cili api sotong sumbat.




ni resepi sotong sumbat:
  1. sotong jarum- even dia kecik  and susah nak menyumbat, tapi rasanya sedap. tapi up to you all la nak pakai jenis sotong apa. jangan sotong kurita dah la sebab takde tempat untuk disalurkan sumbatan
  2. udang dicincang halus
  3. sebiji telur
  4. garam
  5. cili dicincang
bahan 2 hingga 5 dicampur dan disumbatkan ke dalam sotong.

macam biasa la, resepi masak lemak tu. ok, aku tuliskan jugak di sini resepinya:
  1. santan kelapa
  2. sedikit kunyit hidup
  3. cili api
  4. bawang merah
  5. 3 ulas bawang putih
  6. asam keping
  7. 2 batang serai
  8. garam secukupnya
bahan 2 hingga 6 ditumbuk, tapi jangan kasi terlampau hancur.
campur semuanya dan masak sampai mendidih. then,baru letakkan sotong yang telah disumbat tadi.

masak sampai sotong jadi pejal. tapi jangan overcooked ye.

enjoy cooking!

ciawww. wassalam

Monday 28 October 2013

DIY tilam kekabu untuk my baby

assalam,

alhamdulillah, dah siap pun tilam kekabu utk my baby. buat sendiri je. beli kekabu dan jahit sarungnya. actually aku dah beli tilam cute utk baby aku ni, cuma cam rasa mengada nak buat yg kekabu. yg aku beli tu fibre punya. nanti masuk umah baru kitorang, setup katil dan pastinya tilam baru lagi kan? hehe. yg kekabu ni nak tinggal je kat tganu. so bila balik, tak perlu lagi berangkut2.

aku ade yg mini jerrr..pon boleh

kain cotton yang dh diukur

siap
aku ni tidakla pandai sgt menjahit, tapi ni untuk kepuasan diri. ooo yeahhh. untungla kamu, anak. ::

lepas ni nak kena beli kain kiut miut plak as sarungnya. sebab tak tahu lagi boboy ke gegirl, aku kiv dulu la. tapi maybe jugak beli untuk unisex punya. apa pon boleh.

Thursday 24 October 2013

survey lagi barang baby

ok, untuk kesekian kalinya, aku survey lagi brg baby. survey utk brg yg akan dibeli after aku deliver. tak berani nak beli sekarang sebab barang2 ni harganya lebih sikit so, selepas selamat deliver baru beli. takla membazir kalau pape jadi. nauzubillah.  diey, sila bersangka baik dengan Allah. insyaallah semua selamat. beli yang basic je dulu.

1) baby rocker brand fisher price
2) breast pump electric - maybe beli brand eve love
3) katil baby - lepas balik pasir gudang baru beli
4) baby carseat n stroller

tu je yang aku dapat fikir so far. nanti update lagi list ni

Monday 21 October 2013

daging salai

entry ke dua untuk hari  ni. daging salai? senang je. aku salai banyak2 untuk buat lauk.. dah banyak sangat daging korban kat peti ais tu, so menyalai adalah terbaik untuk maintain kan rasa dia biarpun disimpan lama2 dalam ice box.

salai dalam pasu bunga
 nape aku guna pasu bunga? nape tak guna tempat grill? sebab pasu dibuat dari tanah. dikatakan asap akan lebih wangi jika guna pasu/tembikar. aku tak taula ni fakta ke auta. belasah je la. sememangnya daging salai ini ada bau asap yang ala2 naikkan selera gtu.

dah siap salai


cara buat daging salai ni, mudah je. daging tu tak perlu diseason dengan apa2 pun. juz salaikan dia untuk hilangkan darah daging tersebut. then dah ok, simpan la dalam ice box. boleh dimasak bila2 masa. resepi daging salai yang paling aku suka adalah... Masak lemak cili api daging salai. ni makanan biasa dibuat di kampung aku di pahang. kira ni resepi tok aku la.

cubala ye. cara masak, sama je dengan masak lemak cili api negeri sembilan tu. cuma yang berbeza adalah lauknya iaitu daging salai.

selamat mencuba.

Ilham Fakhira

Assalam...
10 oct 2013 lahirnya insan bernama Ilham Fakhira. siapakah beliau? beliau la anak buah haku. heeehe. anak abg aku. sukeeeeee. nak menunggu kelahiran anak mama this upcoming january, leh mama hiburkan hati dengan kakak Ilham dulu. boleh kan, baby? hehehe tapi baby ilham masih di KL. insyaAllah this december baru jumpe. baba nya dah ke laut. cari rezeki. Ilham pun kecik lagi nak travel. ibu n babanya mestila taknak bawak dia travel lagi kan? sabar ye, mama....ok2. mama sabar.

december jumpe baby ilham, January 2014 jumpa baby mama plk ye... meriah nya hidup aku. Semoga semuanya selamat, mudah dan dilancarkan oleh Allah S.W.T. amin ya Rabb.

tadaaa! ni la baby ilham.
baru 7 hari dah boleh gelak gaya gini..anak2 zaman skrg
by the way, mama pun dh start beli sikit2 barang utk baby mama ni. tak tunggu papa dia sebab cam x sabar. lagi pun most barang adalah di sponsor atok, opah n toknah. heheh baik mama rembat cepat2 kan?

photo ni baru 10%. heeee. aku kena beli sikit2 sb x larat sangat. lagipun nak tunggu is konon nak ada feel beli barang sesama. ahakzzz. poyola kau...

bubuuu storage
disebabkan duk kat terengganu sehingga pantang je, memadailah aku beli storage ni je dulu. ingat nak beli drawer, tapi aku rasa  yang ni lagi selamat and habuk tak masuk.


kenapa kah biru? boboy ke? hee aku tak tahu lagi jantina baby aku. tapi dah mama dia fanatic biru...apa2 pon boleh..hahah

baju and barut baby yang lain belum beli lagi... katanya opah plk nak sponsor,..so, mama kena tunggu dengan sabar. hahaah

Monday 7 October 2013

sujud syukur pertama selepas 27 tahun

Assalam...

tajuk entry di atas bukan bermaksud aku tak pernah sujud syukur selama ni tapi sujud syukur yang aku tak pernah buat selama ni ialah sujud syukur sebab terima kasih dikurniakan ibu bapa dan ahli keluarga yang betul-betul sempurna untuk aku ni. bukanlah 100% perfect sebab manusia takkan perfect kan? tapi mereka2 memamng perfect di hati aku.

so, after maghrib tadi maka tertunailah sujud syukur pertama aku untuk ibu bapa n family aku. alhamdulillah, ya Allah.

sebenarnya ianya tiba tiba terlintas kat hati ni untuk buat ni. saya sayang kamu semua.

Wednesday 25 September 2013

survey survey survey.. pregnancy wear dan barang baby

assalam..

owhhh tajuk entry di atas... survey? bukan terus beli ke? heheh. tangan sangat menggatal untuk beli online. mula mula barang mama, pastu barang baby pulak. semalam dah berjaya membeli 3 pasang preggy's wear kat 1 website tu. 3 blouse preggy+nursing around RM 150 jer.. xmahal pon. so, xyah beli lagi kan untuk nursing/bf nanti.. hehehe kan? kan?

rasa, dah cukup kot untuk setakat itu baju pregnant. so far dah ada:
1) 1 helai pregnancy dress beli kat mommy's wear - polka baby blue
2) 1 helai pregnancy dress hubby bagi
3) 1 helai t-shirt pregnant hubby bagi
4) 1 helai t-shirt polo pregnancy daddy bagi
5) 3 helai blouse yg baru dibeli... ok enough for mama

untuk baby pulak, mula2 rasa takmau beli lagi sebab baru je nak masuk 23 weeks. tapi survey barang kat mall tadi, tengok makk aiihhh tilam baby bese2 je dah mencecah rm 100. plus kelambu pun yg bese2 around rm 30. bukannye nak kedekkk sangat, tapi xperlu kot aku beli cegitu semata2 untuk 44  days baby stay kat terengganu. nanti nak balik pasir gudang nak setting katil and tilam baru lagi..aihh. so, aku google cari kot2 ada yang under rm100 untuk set lengkap. sekali hade. tilam berkelambu+ 3 bantal + beg bedung. rm 75 je termasuk pos. ada yang leh dapat rm 55 tapi disebabkan beliau lambat reply, aku decide je nak beli kat akak ni. ni link nye.

service akak ni pun ok. quick reply. itu yg aku mahukan bagi seseorang yg over excited cam aku. kalau boleh hari yg aku order tu, hari tu jugak aku nak sampai. wahahah.

awal kan aku beli barang baby? org cakap jgn beli awal2. tapi takpela, semua ketentuan Allah. atleast, bila aku tengok tilam ni nanti, lagi semangat aku nak jaga diri n kandungan aku ni sungguh2. and kalau pape jadi pada aku masa deliver nanti, taklah terkial2 papa dia g cari. Hamba Allah yg satu itu bukannye reti sangat bab2 ni plus nak cari yg save budget. tapi, nauzubillah. semoga aku dan baby selamat. amin ya rabb.

gambo tilam tu kalau nak tengok, g je terus kat link tadi. untuk yang aku beli ni, tunggu baby aku rasmi beradu dulu nanti aku snap ye.. heheh

daaa...
wassalam

Friday 20 September 2013

demam ketika hamil

assalamualaikum,

hari ini, my baby dah 22 weeks in my tummy. 2nd half to go... insyaAllah. semalam demam tapi tidak lah seteruk mana. demam+sakit tekak+mual+muntah. makan nasi sikit je semalam. itu pun sebab ingat nak makan paracetamol. tapi tak makan jugak sebab bimbangkan baby even dah tahu yang dose tu memeang disarankan gynae.

baring sebentar then mak mertua call, mak bagitaw kena pergi ke klinik sebab badan panas nanti mudharatkan baby. risau pulak aku mendengornye. ye la, aku ni kalau org2 dulu yang mula bagi nasihat, aku memang agak mengikut sebab aku ni agak konservatif dalam beberapa hal. mak pun ada pesan sambil nak tunggu esok, minum dulu air asam jawa bagi sejukkan badan. so aku pun buatla,then minum. adik pulak jerlun badan and kepala aku dengan ais. Alhamdulillah, biiznillah, suhu badan dah turun. mungkin mujarab dengan kombinasi air asam jawa + jerlunan ais tu. cuma sakit tekak masih ada sedikit sakit lagi. tqvm to my MIL and my sis. insyaallah, yang penting kena sabar and redha.

hari ni pulak, aku ada jerlun badan and kepala dengan air asam jawa tu. dan masak jugak air barli. air barli pun boleh sejukkan badan. ingat nak teruskan air asam jawa tu, tapi asam jawa tinggal lagi sedikit. heheh karang bengang pulak mak aku carik nak masak.

ni sedikit info website Dr Zubaidi pasal demam ketika hamil ni. korang bole refer di SINI

ya ALLAH, janganlah sampai sakit ini memudharatkan diri aku dan juga bayi aku ini. semoga dia sihat dan selamat. amin ya rabb. 

*pasni nak g cari thermometer la. senang nak cek suhu badan. hari tu tengok ada kat Guardian.

Friday 13 September 2013

say no to chemicals

salaam,
since i am pregnant, i do concern more about contents or ingrediants on every product that i use. ye la kan, takut effect pada my baby dlm perut ni. cian anak mama. and i will continue to this attitudes forever. (care family la katakan) hehe.

even my baby masih dlm perut, actually dia akan dapat effect jugak walaupun kita guna produk tu externally.

so, aku buatla sedikit research pasal chemicals yg hazard tapi selalu ada dlm poduct harian kita. ni antaranya;

1. triethanolamine TEA, DEA- ada dlm losyen utk percepatkan proses penyerapan krim tersebut kepada kulit. akan menyebabkan cancer kulit in long run and danger to your kids or unborn- perhatikan pada krim halia, aloe vera gel (jgn terpedaya walau ada tertulis 100% gel) dan losyen korang. kalau takde, selamatla. pregnancy mommy suka guna krim halia kan? ye la mesti lenguh2 banyak part. so guna la minyak afiat yang org2 kampung   buat. heehe

2. paraben - banyak jenis paraben. ni biasa ada dalam skincare and cosmetic. agen penyebab cancer jugak. aku dah buang segala jenis produk yang ada menda alah ni kecuali my facial cleanser. aku guna cetaphil since aku dapat alahan teruk masa pregnant ni. aku dah dapatkan nasihat doc and doc ckp percentage dlm cetaphil ni sikit je and yang paling penting dia x kekal lame kat skin sebab bila dah cuci muka, mesti kita bilas kan? so kalau losyen, for sure org x bilas dlm waktu terdekat. but, kalau boleh elak, elak la kan. try pakai produk natural.

3. hidroquine - ni banyak dlm local skincare n cosmetic.

4. alcohol- pape chemicals yg pada akhir word dia, ada huruf ol tu alkohol la ye. kalau rasa sejuk je lepas pakai tu, ye la tu.

banyak lagi sebenarnya. ni yang aku cek pada product yang aku guna je dulu. aku pun takleh online lama2 sebab internet wave ni pun bahaya utk manusia especially pregnancy mommy. hehe.

tata.
wassalam.

Saturday 7 September 2013

Homemade steamboat

assalamualaikum,

lately memang agak terasa nak makan steamboat. so sempena birthday aku hari tu, abah belanja makan steamboat kat pulau duyong. bersaksikan scene malam di Pulau Duyong, maka kami santaplah steamboat tersebut. pricenya gila murah. try la pergi kalau anda singgah di Pulau Duyong, Terengganu. 

disebabkan ketidakpuashatian, rasa nak makan lagi, aku menyuarakan hasrat nak beli dapur steamboat tu kat mak aku. wooowww mak and maknah aku juga terlintas perkara yang sama. lalu hari tu jugak kami ke Giant untuk membelinya. tak banyak pilihan kat sana,tapi cam berkenan dengan brand pensonic. price nya RM 130.00.
tadaaaa!
Ni pulak bahan2 yang diperlukan untuk steamboat. suka hati nak masak ape.

seafood + ayam + daging
mix vegetables + ready made instant



sos yang aku buat sendiri
resepinya ada kat bawah ye. sila scroll. :)
get ready

hmmmmmm
actually, tak rugi kalau buat homemade steamboat ni. budget untuk bahan makanan takdelah mahal sangat cuma kena invest kat dapur nye je. tu pun sekali je untuk berkali kali guna.

nak lagi save, pakai je rice cooker atau beli je dapur single yang guna gas tu. baru RM 39 Je kat Giant. cuma korang kena guna periuk and tong gas mobile la (agak leceh). berbaloi la compare korang makan kat kedai kan. satu kepala dah berapa kan???( hehe statement kedekkkk.....ut)


ok ini bahan -bahan untuk buat sos ala2 Johny tu ye:

1. 5 biji cili api
2. 5 ulas bawang putih
3. minyak bijan
4. 2 ts cuka/ apple cider
5. 2 ts sos ikan
6. 1 ts sos tiram
7. 1 ts sunquick
8. sedikit gula
9. bijan yang telah disangai

caranya:

1. blender bahan 1-6 dan masak sehingga mendidih
2. masukkan sunquick kemudian rasa la ye. nak seosoning ngan garam / gula perlu ikut citarasa masing2.
3. tutup api, kemudian masukkan bijan yang telah disangai.

ok siap. selamat mencuba. sheedddddaaapppp!

alhamdulillah.

Wednesday 4 September 2013

cheese cake doradonna

happy birthday to u diey! alhamdulillah genap 27 tahun. 1st birthday as a wife. huhu tapi hubby nun jauh di southern. hmm xpela. and my precious lil baby dah genap 19 minggu in my tummy. duduk kat ctu sihat2 ye syg.. mama and papa tunggu kamu keluar bila dah cukup waktunya nanti. insyaallah.

so sempena dgn birthday mama buyong ni, my sis janji nak buat cheese cake. very easy, just freeze kan dia tanpa baking atau hal remeh yang lain. lets check it out!


layer by layer diulang buat ye.
ni resepinya:

bahan bahan 

1. cream cheese 200 gram
2. susu pekat manis. sikit je. tak letak pun takpe kalau takmau manis, tapi mesti ganti dengan susu segar
3. biskut merry/ deluxe cracker atau apa2 sahaja biskut yang dirasakan sesuai.
4. susu segar low fat high calcium
5. nestum

cara membuat:

1. dengan menggunakan mixer, mix kan cream cheese dengan susu pekat tadi sehingga teksturnya ringan.   
    jangan terlalu pekat/cair.
2. buat lapisan biskut atas dulang. biskut itu perlu direndam sekejap dalam susu segar. jangan sampai lembik.     ala2 kadar sahaja sebab nak bagi dia amelekat sikit.
3. letakkan cream cheese yang telah diproses tadi ke atas lapisan biskut.
4. untuk lapisan selepas cream cheese, korang tabur nestum.
5. ulang langkah 1-4 sehingga kek korang mencapai ketinggian yang diinginkan. tapi, untuk cream cheese      
    200gram, rasanya kek korang tu akan jadi 3 lapis je kot. 
6. sejukkan dalam freezer.

boleh juga disejuk bekukan. tapi best bila letak kat bahagian freeze biasa. rasanya, hmmmm yummy macam eskrem pun ade macam tiramisu cheese puh hade.. enjoy trying!

tata


Saturday 31 August 2013

dumpling / wantan

hari ni mood bertukar kepada chinesee cuisine pulak. sebenarnya terasa yang amat nak makan steamboat. tapi belum berkesempatan, so aku buat la wantan ni and makan ala2 steambot. tapi disebabkan stock sea food dah tinggal paras hidung je, aku decide goreng je la wantan ni. makan crunchy pun best.

so, ini bahannya.

1) kulit wantan/pastry- ready made @ home made
kalau home made, kamu just perlukan tepung gandum dan sedikit planta. canai.

ready-made pastry skin- kat market ada jual siap


untuk intinya:
1) chopped isi ayam-aku beli yang Ramly je. senang kerja haku
2) black pepper- sesuka hati. tapi because of i'm pregnant, aku letak sikit je. cian my baby, panas.
3) garam
4) chopped carrot
5) chopped selery

inti ni digaul mentah and dibungkus dalam kulit wantan tu. ini ghopenye lepas siap di bungkus. actually macam2 cara nak membungkusnya. search je kat youtube. aku suka guna cara ni sebab nampak comel macam bunjut.


then, steam je untuk stok kan dalam freezer. tahan lama sikit. boleh je taknak steam. cuma bila steam, bila digoreng nanti, dah tak perlu confuse dah either isi ayam tu dah masak ke belum. kalau memang bertujuan untuk rebus, tak perlu steam pun tak apa.

steam kan beliau!

half cooked

dah ciap
then, terpulanglah korang nak makan macam mana - ala steamboat @ goreng @ rebus @ cicah sos @ makan begitu sahaja @ buat mee sup masukkan wantan ni--mee wantan..ponnn bole!

Friday 30 August 2013

fresh salad for my lil baby inside my tummy

salam,

untuk 2 0rg makan


hari  ini ada mood untuk western. tapi buat yang simple je which is fresh salad while my sis buat potato pie. hmmm yummy di petang hari. bahan untuk salad adalah:

1)pelbagai jenis salad- beli terus mixed salad kat giant
2)ceri tomato (kalau beli Lushious mixed salad tu, tomato ni dah included)

untuk sosnya:
1)perahan jus lemon
2)garam
3)minyak zaitun

ok done!

Tuesday 27 August 2013

bibimbap @ mixrice

hari tu main msak2 ngan my sister buat bibimbap. maklumlah aku ni agak obses dengan korean food jadi secara terpaksanya, adik aku juga terjebak sama. aku ni bukan obses
sebab taste nya tapi maybe sebab decoration yang indah dan juga cara makan diorang yang aku tengok agak menyelerakan hati dan perasaan.

so, untuk ke berapa kalinya, aku buat lagi bibimbap ni. actually rasanya macam nasi goreng je cuma kamu tak perlu goremg. just mixing the rice and variety of vegetables ke dalam nasi tersebut. and hasilnye....


mix nasi ni dgn besungguh2
Add caption

Monday 26 August 2013

i feel the baby

Assalamualaikum. yesterday,  august 25, he/she start kicking my tummy. kehkeh. hanya  Allah yang tahu how i feel. mula mula baby kick tu, aku just rasa geli campur terkejut. dan baby stop. sekali aku suruh dia buat lagi sekali, sambil tengok kt tummy, lebih kurang dlm 2 second, dia bagu respond sekaligus aku nampak something yg gerak dekat my tummy. heheh aku suruh dia repeat lagi(maklumla, teruja) terus dia respond lagi. alhamdulillah, dia mesti sihat tu. and hope this is the sign that dia adalah seorang anak yang taat.amin.

be strong ye, my baby. mama and papa and whole family akan tunggu kamu dengan sabar, dear. hehehbaru 18 minggu dah terer la anak mama ni. love u so much, sayang.

Saturday 24 August 2013

first trimester yang menguji

Alhamdulillah, my lil baby in my tummy dah masuk 18th weeks. so far, baby sihat and normal tapi mama dia agak terlebih muatan. maklumlah... raya kan? kan? insyaallah i will fix it. deng deng deng.

17th weeks means dah masuk stage second trimester. so, today, aku nak cerita la experience 1st trimester aku yang betul-betul menguji seorang mama to be. aku stay ngan hubby kat johor,kononnya nak sama-sama merasai susah dan senang pregnancy ni. hukhuk.

so, disebabkan stay sana, mak n makcik aku takde la bersama kan? segala kerja rumah tu memang aku la yang buat. at first, ok lagi. masuk je bulan ke dua pregnancy, aku mengalami alahan yang agak teruk sehingga kan terpaksa masuk air. hahah. tak pernah sepanjang hidup aku diperlakukan sebegitu. aku mengalami:

1) 20 hours muntah2. segala benda makan mesti mau keluar dalam hanya beberapa minit sahaja
2) pimples meriah sangat2 kat muka sampai meninggalkan parut yang banyak. arghhh... ibu mengandung    
    seharusnya berseri...but me?
3) alah pada bau suami tu sikit2
4) alah pada bau sabun basuh pinggan and basuh baju- maksudnye siapa yang akan basuh pinggan and  
    baju? hehe
5) tak boleh bau masakan yang sedang di masak. so, siapa yang masak?
6) alahan gelombang telefon. aku rasa mual bila ada sms atau call nak masuk.

Thanks to Allah sebab bagi aku husband yang sangat membantu. hubby balik je kerja, dia masak. dia la basuh pinggan. dia la jemur baju. sian dia.dia tak merungut tapi sometimes, aku tengok jugak dia masam je. heheh. ye la, dah penat kerja kan. and i feel really useless at that time.

tapi itu tak lama. aku gagahkan diri jugak. masuk je 3bulan setengah, aku still muntah2 tapi takkan nak rest manjang kan? aku pulak take over semua tu. cuma sekali sekala kalau rasa sangat tak larat, untuk berbuka puasa, aku suruh je hubby beli. heee. terima kasih, abang.

raya di Terengganu tahun pertama ni, so aku decide untuk stay ngan parents aku je sebab takut menyusahkan hubby lagi. perghh, hari ni genap 3 minggu tak jumpa.. rindu bebbb... sabo je la.

Monday 20 May 2013

Alhamdulillah... i'm 3 weeks pregnant!

UPT test- 2 kali testing...2kali positif.. gelagat si papa to be macam tak percaya. maklumlah beliau jauh di selatan. disuruhnya aku beli yang brand clear blue pulak. bayaran akan diganti 2x ganda (aku suke)..hhhe

pagi ni test guna clear blue pulak  :: result :: --> pregnant 2-3  weeks of conception. alhamdulillah.

we chat ngn husband and then beliau macam tak puas hati lagi. disuruhnya pulak g cek kat klinik. ok2, esok sy akan pergi ye. hehe

addin's story to be continued...

additional:

insyaAllah ... perlu diamalkan secara istiqamah




Sunday 19 May 2013

walimatul urus

almost 1 year tak update blog ni. haahha. sempena dah tanam anggur semula ni, cam nak aktif bloogging semula. by the way, aku dah kawen dah. 10 february 2013. walimatul urus sebelah aku. alhamdulillah. dengan encik autobot tu la. xde sape2 dah yang aku idamkan. wahwah. gatal.

itu aje.