Thursday 31 October 2013

masak lemak cili api sotong sumbat

assalam, hari ni aku rasa macam rajin nak masak something yang aku tak pernah masak. maka terjadilah masak lemak cili api sotong sumbat.




ni resepi sotong sumbat:
  1. sotong jarum- even dia kecik  and susah nak menyumbat, tapi rasanya sedap. tapi up to you all la nak pakai jenis sotong apa. jangan sotong kurita dah la sebab takde tempat untuk disalurkan sumbatan
  2. udang dicincang halus
  3. sebiji telur
  4. garam
  5. cili dicincang
bahan 2 hingga 5 dicampur dan disumbatkan ke dalam sotong.

macam biasa la, resepi masak lemak tu. ok, aku tuliskan jugak di sini resepinya:
  1. santan kelapa
  2. sedikit kunyit hidup
  3. cili api
  4. bawang merah
  5. 3 ulas bawang putih
  6. asam keping
  7. 2 batang serai
  8. garam secukupnya
bahan 2 hingga 6 ditumbuk, tapi jangan kasi terlampau hancur.
campur semuanya dan masak sampai mendidih. then,baru letakkan sotong yang telah disumbat tadi.

masak sampai sotong jadi pejal. tapi jangan overcooked ye.

enjoy cooking!

ciawww. wassalam

Monday 28 October 2013

DIY tilam kekabu untuk my baby

assalam,

alhamdulillah, dah siap pun tilam kekabu utk my baby. buat sendiri je. beli kekabu dan jahit sarungnya. actually aku dah beli tilam cute utk baby aku ni, cuma cam rasa mengada nak buat yg kekabu. yg aku beli tu fibre punya. nanti masuk umah baru kitorang, setup katil dan pastinya tilam baru lagi kan? hehe. yg kekabu ni nak tinggal je kat tganu. so bila balik, tak perlu lagi berangkut2.

aku ade yg mini jerrr..pon boleh

kain cotton yang dh diukur

siap
aku ni tidakla pandai sgt menjahit, tapi ni untuk kepuasan diri. ooo yeahhh. untungla kamu, anak. ::

lepas ni nak kena beli kain kiut miut plak as sarungnya. sebab tak tahu lagi boboy ke gegirl, aku kiv dulu la. tapi maybe jugak beli untuk unisex punya. apa pon boleh.

Thursday 24 October 2013

survey lagi barang baby

ok, untuk kesekian kalinya, aku survey lagi brg baby. survey utk brg yg akan dibeli after aku deliver. tak berani nak beli sekarang sebab barang2 ni harganya lebih sikit so, selepas selamat deliver baru beli. takla membazir kalau pape jadi. nauzubillah.  diey, sila bersangka baik dengan Allah. insyaallah semua selamat. beli yang basic je dulu.

1) baby rocker brand fisher price
2) breast pump electric - maybe beli brand eve love
3) katil baby - lepas balik pasir gudang baru beli
4) baby carseat n stroller

tu je yang aku dapat fikir so far. nanti update lagi list ni

Monday 21 October 2013

daging salai

entry ke dua untuk hari  ni. daging salai? senang je. aku salai banyak2 untuk buat lauk.. dah banyak sangat daging korban kat peti ais tu, so menyalai adalah terbaik untuk maintain kan rasa dia biarpun disimpan lama2 dalam ice box.

salai dalam pasu bunga
 nape aku guna pasu bunga? nape tak guna tempat grill? sebab pasu dibuat dari tanah. dikatakan asap akan lebih wangi jika guna pasu/tembikar. aku tak taula ni fakta ke auta. belasah je la. sememangnya daging salai ini ada bau asap yang ala2 naikkan selera gtu.

dah siap salai


cara buat daging salai ni, mudah je. daging tu tak perlu diseason dengan apa2 pun. juz salaikan dia untuk hilangkan darah daging tersebut. then dah ok, simpan la dalam ice box. boleh dimasak bila2 masa. resepi daging salai yang paling aku suka adalah... Masak lemak cili api daging salai. ni makanan biasa dibuat di kampung aku di pahang. kira ni resepi tok aku la.

cubala ye. cara masak, sama je dengan masak lemak cili api negeri sembilan tu. cuma yang berbeza adalah lauknya iaitu daging salai.

selamat mencuba.

Ilham Fakhira

Assalam...
10 oct 2013 lahirnya insan bernama Ilham Fakhira. siapakah beliau? beliau la anak buah haku. heeehe. anak abg aku. sukeeeeee. nak menunggu kelahiran anak mama this upcoming january, leh mama hiburkan hati dengan kakak Ilham dulu. boleh kan, baby? hehehe tapi baby ilham masih di KL. insyaAllah this december baru jumpe. baba nya dah ke laut. cari rezeki. Ilham pun kecik lagi nak travel. ibu n babanya mestila taknak bawak dia travel lagi kan? sabar ye, mama....ok2. mama sabar.

december jumpe baby ilham, January 2014 jumpa baby mama plk ye... meriah nya hidup aku. Semoga semuanya selamat, mudah dan dilancarkan oleh Allah S.W.T. amin ya Rabb.

tadaaa! ni la baby ilham.
baru 7 hari dah boleh gelak gaya gini..anak2 zaman skrg
by the way, mama pun dh start beli sikit2 barang utk baby mama ni. tak tunggu papa dia sebab cam x sabar. lagi pun most barang adalah di sponsor atok, opah n toknah. heheh baik mama rembat cepat2 kan?

photo ni baru 10%. heeee. aku kena beli sikit2 sb x larat sangat. lagipun nak tunggu is konon nak ada feel beli barang sesama. ahakzzz. poyola kau...

bubuuu storage
disebabkan duk kat terengganu sehingga pantang je, memadailah aku beli storage ni je dulu. ingat nak beli drawer, tapi aku rasa  yang ni lagi selamat and habuk tak masuk.


kenapa kah biru? boboy ke? hee aku tak tahu lagi jantina baby aku. tapi dah mama dia fanatic biru...apa2 pon boleh..hahah

baju and barut baby yang lain belum beli lagi... katanya opah plk nak sponsor,..so, mama kena tunggu dengan sabar. hahaah

Monday 7 October 2013

sujud syukur pertama selepas 27 tahun

Assalam...

tajuk entry di atas bukan bermaksud aku tak pernah sujud syukur selama ni tapi sujud syukur yang aku tak pernah buat selama ni ialah sujud syukur sebab terima kasih dikurniakan ibu bapa dan ahli keluarga yang betul-betul sempurna untuk aku ni. bukanlah 100% perfect sebab manusia takkan perfect kan? tapi mereka2 memamng perfect di hati aku.

so, after maghrib tadi maka tertunailah sujud syukur pertama aku untuk ibu bapa n family aku. alhamdulillah, ya Allah.

sebenarnya ianya tiba tiba terlintas kat hati ni untuk buat ni. saya sayang kamu semua.