Sunday 10 November 2013

makanan tambahan semasa hamil

assalam...

tentu ada mommies di luar sana yang memang tak ambil supplement yang dibekalkan KKIA kan? sama la kita. aku tak boleh betul dengan bau vitamin b complex tu. Awal pregnant, aku consume jugak shaklee, tapi alahan menyebabkan perut dan tengkuk aku tak mau langsung nak terima. so, aku just consume acid folic yang dibekalkan KKIA. itu pun macam nak berperang je aku makan.

masuk 5 bulan, aku consume balik segala jenis ubat yang dibekalkan. walaupun still tak boleh blah dengan bau bcomplex tu. aku ambil action beli obimin. all in 1. tapi obimin ni kandungan iron nya agak kurang. so aku consume jugak iron tablet yang KKIA bagi tu. tapi kalau tak mau, boleh la consume Iberet Folic. itu pun bagus. aku tak beli iberet pasal hb aku so far, normal2 aja.

selain itu, aku jugak ada consume neurogain sebaik sahaja 7 months pregnancy disamping kurma,walnut dan badam yang aku ambil sepanjang preggy ni. semoga otak dan akal anak aku berkembang dengan cerdas dan nadan yang sihat. jadi anak yang cerdik dan soleh ye sayang.



masa is balik hari tu, is ada buatkan selusuh engan air zam-zam. nanti start masuk 8 bulan baru aku nak minum. sekarang aku tengah tunggu set berpantang yang aku beli. tak sampai lagi. dalam tu ada vco yang jugak boleh dijadikan selusuh. nanti aku baca ayat selusuh kat vco tu pulak. nak suruh is, dia dah kat johor.. huhuhu kena buat sendiri la. kalau is dtg lg nanti, suh dia tambah2kan bacaan. heheh.aku beli set tanamera yang korang boleh beli online di sini.... aku akan review produk ni lepas aku guna yek.

itu aje.
wassalam.

Wednesday 6 November 2013

persiapan menyambut kelahiran - beg bayi dan beg ibu

assalam

is balik kali ni macam2 aku suruh. kali ni suruh dia prepare beg untuk baby Umar pulak. Ok as aku refer banyak blog, ni la check list barang yang perlu ada:

BEG BAYI:
  1. beg
  2. mitten and booties 3 pasang
  3. minyak yu yee
  4. baju 3 helai
  5. diapers 5pcs - aku beli drypers newborn
  6. barut and bedung 3 helai
  7. bedak pure cornstarch - FYI bedak yang mengandungi talc boleh menyebabkan cancer in long run
  8. baby cleanser - aku beli sebamed
  9. wet wipes
  10. towel
  11. hooded blanket
BEG MAMA:
  1. beg
  2. kain batik 2 helai
  3. longsleeves tshirt 2 helai
  4. buku merah dan ic
  5. minyak tapel/minyak panas
  6. buku ruqyah Haron Din- ni ada bacaan doa selusuh/surah yassin
  7. towel badan dan towel muka
  8. toileteries
  9. tudung ekspres
  10. maternity pad/longnight heavy flow
  11. selipar
  12. underwear and nursing bra
  13. sweater
  14. breastpad
  15. tisu
  16. breast pump dan botol susu - ni option. dengarnya pihak hospital dh sediakan

DIY brooch cotton

assalam. entry kali ni x banyak melalut. just gambar je


barang baby dah setel

assalam. alhamdulillah.

barang nak sambut kelahiran baby dah setel. is balik hari tu terus setelkan. siap basuh lagi. tq, abg. aku beli sikit2 je. nanti dah lahir, mama beli lagi ye. masa beli ni belum tahu pun jantina baby. sebab kitorang g beli sehari before g scan. tapi as mama dia ni memang fanatic biru, maka birula jawabnye. basic pun dah berhabis almost RM 500 jugak. barang baby memang mahal. lagipun aku n is beli yang 100% cotton. baby skin ni kan sensitif. beli yang berkualiti ni boleh guna untuk long range. hai, anak... bertuahnya kamu.


sambil membeli barang baby aku, beli jugak playgym ni untuk anak buah aku si baby ilham. heheh. this is a present from mama, papa is and umi tau, syg ilham. main elok2 tau.

tadaaĆ !


playgym ni antara mainan yang boleh merangsang minda lil kids sebab dia ada mcm2 shape toys and sounds.

scan baby 7 months pregnancy

assalam,

dah 7 months, tapi sku still lsgi belum tahu jantina baby dalam perut ni. so semprna kedatangan papa dia ke Terengganu 5 hari bercuti ni, elok jugak aku manfaatkan beliau untuk scan. konon nak ada feeling sama2 tengok jantina baby kat skrin tu. hehe.

so, kitorang pun pergila pagi2 sebab agak excited di situ. hehe. actually kami berdua tak kesah apa sahaja jantina tapi lumrah orang tua iaitu my parents, kalau boleh, biarla boboy untuk yang sulong. tapi diorang pun sebenarnya tak kesah. asalkan semua sihat dan selamat.

actually, i do concern more about posisi baby and posisi uri. macam2 kes yang aku baca yg membuatkan aku tak tenang. after scan, alhamdulillah semuanya ok di kedudukan yang betul. my baby pun terbentuk dengan baiknya. tengok kepala dia, jantung dia berdenyut, kaki dia, tangan dia, backbone dia,... wahhhhh tingginya kuasaMu Allah. then, doc cakap sambil tunjuk... "ni penis dia. dah confirm ni sebab baby dah besar and nampak jelas." alhamdulillah.

setel je hal scan, kitorang g jalan2. papa dia cam excited plk and suddenly he said, "syg, boleh tak abg nk namakan dia umar? abg nk jgk" aku ni tgamam sket sebab before ni dia kata taknak campur. xkesahla nak bagi nama pape asalkan yg baik2. so, untuk hargai keterujaan si autobot aku ni, aku iayakan je. keterujaan itu membahagiakan aku.

ni aku amik pakai hp. diorg x bg softcopy
sebelah gambar kepala baby sebelah lagi gambar pistol dia..hehe. xclear sgt. tgok gambar lg clear.

Those yang nak scan kat area Terengganu ni, aku suggestkan Pusat Perubatan Intan yang terletak di Durian Burung,KT. doktornya semua perempuan dan lemah lembut. regular checkup and normal delivery boleh buat di sini. kos scan saha just RM 40. tapi hanya scan 2d je. aku dah survey, 3d scanning hanya di besut and kemaman untuk negeri Terengganu ni.

Pusat Perubatan Intan (24 hours)
no 2236 jalan kelantan, kampung padang, 20500 KTrg.
096241458


okla dah panjang sangat entry kali ni.

wassalam.