Wednesday 25 September 2013

survey survey survey.. pregnancy wear dan barang baby

assalam..

owhhh tajuk entry di atas... survey? bukan terus beli ke? heheh. tangan sangat menggatal untuk beli online. mula mula barang mama, pastu barang baby pulak. semalam dah berjaya membeli 3 pasang preggy's wear kat 1 website tu. 3 blouse preggy+nursing around RM 150 jer.. xmahal pon. so, xyah beli lagi kan untuk nursing/bf nanti.. hehehe kan? kan?

rasa, dah cukup kot untuk setakat itu baju pregnant. so far dah ada:
1) 1 helai pregnancy dress beli kat mommy's wear - polka baby blue
2) 1 helai pregnancy dress hubby bagi
3) 1 helai t-shirt pregnant hubby bagi
4) 1 helai t-shirt polo pregnancy daddy bagi
5) 3 helai blouse yg baru dibeli... ok enough for mama

untuk baby pulak, mula2 rasa takmau beli lagi sebab baru je nak masuk 23 weeks. tapi survey barang kat mall tadi, tengok makk aiihhh tilam baby bese2 je dah mencecah rm 100. plus kelambu pun yg bese2 around rm 30. bukannye nak kedekkk sangat, tapi xperlu kot aku beli cegitu semata2 untuk 44  days baby stay kat terengganu. nanti nak balik pasir gudang nak setting katil and tilam baru lagi..aihh. so, aku google cari kot2 ada yang under rm100 untuk set lengkap. sekali hade. tilam berkelambu+ 3 bantal + beg bedung. rm 75 je termasuk pos. ada yang leh dapat rm 55 tapi disebabkan beliau lambat reply, aku decide je nak beli kat akak ni. ni link nye.

service akak ni pun ok. quick reply. itu yg aku mahukan bagi seseorang yg over excited cam aku. kalau boleh hari yg aku order tu, hari tu jugak aku nak sampai. wahahah.

awal kan aku beli barang baby? org cakap jgn beli awal2. tapi takpela, semua ketentuan Allah. atleast, bila aku tengok tilam ni nanti, lagi semangat aku nak jaga diri n kandungan aku ni sungguh2. and kalau pape jadi pada aku masa deliver nanti, taklah terkial2 papa dia g cari. Hamba Allah yg satu itu bukannye reti sangat bab2 ni plus nak cari yg save budget. tapi, nauzubillah. semoga aku dan baby selamat. amin ya rabb.

gambo tilam tu kalau nak tengok, g je terus kat link tadi. untuk yang aku beli ni, tunggu baby aku rasmi beradu dulu nanti aku snap ye.. heheh

daaa...
wassalam

Friday 20 September 2013

demam ketika hamil

assalamualaikum,

hari ini, my baby dah 22 weeks in my tummy. 2nd half to go... insyaAllah. semalam demam tapi tidak lah seteruk mana. demam+sakit tekak+mual+muntah. makan nasi sikit je semalam. itu pun sebab ingat nak makan paracetamol. tapi tak makan jugak sebab bimbangkan baby even dah tahu yang dose tu memeang disarankan gynae.

baring sebentar then mak mertua call, mak bagitaw kena pergi ke klinik sebab badan panas nanti mudharatkan baby. risau pulak aku mendengornye. ye la, aku ni kalau org2 dulu yang mula bagi nasihat, aku memang agak mengikut sebab aku ni agak konservatif dalam beberapa hal. mak pun ada pesan sambil nak tunggu esok, minum dulu air asam jawa bagi sejukkan badan. so aku pun buatla,then minum. adik pulak jerlun badan and kepala aku dengan ais. Alhamdulillah, biiznillah, suhu badan dah turun. mungkin mujarab dengan kombinasi air asam jawa + jerlunan ais tu. cuma sakit tekak masih ada sedikit sakit lagi. tqvm to my MIL and my sis. insyaallah, yang penting kena sabar and redha.

hari ni pulak, aku ada jerlun badan and kepala dengan air asam jawa tu. dan masak jugak air barli. air barli pun boleh sejukkan badan. ingat nak teruskan air asam jawa tu, tapi asam jawa tinggal lagi sedikit. heheh karang bengang pulak mak aku carik nak masak.

ni sedikit info website Dr Zubaidi pasal demam ketika hamil ni. korang bole refer di SINI

ya ALLAH, janganlah sampai sakit ini memudharatkan diri aku dan juga bayi aku ini. semoga dia sihat dan selamat. amin ya rabb. 

*pasni nak g cari thermometer la. senang nak cek suhu badan. hari tu tengok ada kat Guardian.

Friday 13 September 2013

say no to chemicals

salaam,
since i am pregnant, i do concern more about contents or ingrediants on every product that i use. ye la kan, takut effect pada my baby dlm perut ni. cian anak mama. and i will continue to this attitudes forever. (care family la katakan) hehe.

even my baby masih dlm perut, actually dia akan dapat effect jugak walaupun kita guna produk tu externally.

so, aku buatla sedikit research pasal chemicals yg hazard tapi selalu ada dlm poduct harian kita. ni antaranya;

1. triethanolamine TEA, DEA- ada dlm losyen utk percepatkan proses penyerapan krim tersebut kepada kulit. akan menyebabkan cancer kulit in long run and danger to your kids or unborn- perhatikan pada krim halia, aloe vera gel (jgn terpedaya walau ada tertulis 100% gel) dan losyen korang. kalau takde, selamatla. pregnancy mommy suka guna krim halia kan? ye la mesti lenguh2 banyak part. so guna la minyak afiat yang org2 kampung   buat. heehe

2. paraben - banyak jenis paraben. ni biasa ada dalam skincare and cosmetic. agen penyebab cancer jugak. aku dah buang segala jenis produk yang ada menda alah ni kecuali my facial cleanser. aku guna cetaphil since aku dapat alahan teruk masa pregnant ni. aku dah dapatkan nasihat doc and doc ckp percentage dlm cetaphil ni sikit je and yang paling penting dia x kekal lame kat skin sebab bila dah cuci muka, mesti kita bilas kan? so kalau losyen, for sure org x bilas dlm waktu terdekat. but, kalau boleh elak, elak la kan. try pakai produk natural.

3. hidroquine - ni banyak dlm local skincare n cosmetic.

4. alcohol- pape chemicals yg pada akhir word dia, ada huruf ol tu alkohol la ye. kalau rasa sejuk je lepas pakai tu, ye la tu.

banyak lagi sebenarnya. ni yang aku cek pada product yang aku guna je dulu. aku pun takleh online lama2 sebab internet wave ni pun bahaya utk manusia especially pregnancy mommy. hehe.

tata.
wassalam.

Saturday 7 September 2013

Homemade steamboat

assalamualaikum,

lately memang agak terasa nak makan steamboat. so sempena birthday aku hari tu, abah belanja makan steamboat kat pulau duyong. bersaksikan scene malam di Pulau Duyong, maka kami santaplah steamboat tersebut. pricenya gila murah. try la pergi kalau anda singgah di Pulau Duyong, Terengganu. 

disebabkan ketidakpuashatian, rasa nak makan lagi, aku menyuarakan hasrat nak beli dapur steamboat tu kat mak aku. wooowww mak and maknah aku juga terlintas perkara yang sama. lalu hari tu jugak kami ke Giant untuk membelinya. tak banyak pilihan kat sana,tapi cam berkenan dengan brand pensonic. price nya RM 130.00.
tadaaaa!
Ni pulak bahan2 yang diperlukan untuk steamboat. suka hati nak masak ape.

seafood + ayam + daging
mix vegetables + ready made instant



sos yang aku buat sendiri
resepinya ada kat bawah ye. sila scroll. :)
get ready

hmmmmmm
actually, tak rugi kalau buat homemade steamboat ni. budget untuk bahan makanan takdelah mahal sangat cuma kena invest kat dapur nye je. tu pun sekali je untuk berkali kali guna.

nak lagi save, pakai je rice cooker atau beli je dapur single yang guna gas tu. baru RM 39 Je kat Giant. cuma korang kena guna periuk and tong gas mobile la (agak leceh). berbaloi la compare korang makan kat kedai kan. satu kepala dah berapa kan???( hehe statement kedekkkk.....ut)


ok ini bahan -bahan untuk buat sos ala2 Johny tu ye:

1. 5 biji cili api
2. 5 ulas bawang putih
3. minyak bijan
4. 2 ts cuka/ apple cider
5. 2 ts sos ikan
6. 1 ts sos tiram
7. 1 ts sunquick
8. sedikit gula
9. bijan yang telah disangai

caranya:

1. blender bahan 1-6 dan masak sehingga mendidih
2. masukkan sunquick kemudian rasa la ye. nak seosoning ngan garam / gula perlu ikut citarasa masing2.
3. tutup api, kemudian masukkan bijan yang telah disangai.

ok siap. selamat mencuba. sheedddddaaapppp!

alhamdulillah.

Wednesday 4 September 2013

cheese cake doradonna

happy birthday to u diey! alhamdulillah genap 27 tahun. 1st birthday as a wife. huhu tapi hubby nun jauh di southern. hmm xpela. and my precious lil baby dah genap 19 minggu in my tummy. duduk kat ctu sihat2 ye syg.. mama and papa tunggu kamu keluar bila dah cukup waktunya nanti. insyaallah.

so sempena dgn birthday mama buyong ni, my sis janji nak buat cheese cake. very easy, just freeze kan dia tanpa baking atau hal remeh yang lain. lets check it out!


layer by layer diulang buat ye.
ni resepinya:

bahan bahan 

1. cream cheese 200 gram
2. susu pekat manis. sikit je. tak letak pun takpe kalau takmau manis, tapi mesti ganti dengan susu segar
3. biskut merry/ deluxe cracker atau apa2 sahaja biskut yang dirasakan sesuai.
4. susu segar low fat high calcium
5. nestum

cara membuat:

1. dengan menggunakan mixer, mix kan cream cheese dengan susu pekat tadi sehingga teksturnya ringan.   
    jangan terlalu pekat/cair.
2. buat lapisan biskut atas dulang. biskut itu perlu direndam sekejap dalam susu segar. jangan sampai lembik.     ala2 kadar sahaja sebab nak bagi dia amelekat sikit.
3. letakkan cream cheese yang telah diproses tadi ke atas lapisan biskut.
4. untuk lapisan selepas cream cheese, korang tabur nestum.
5. ulang langkah 1-4 sehingga kek korang mencapai ketinggian yang diinginkan. tapi, untuk cream cheese      
    200gram, rasanya kek korang tu akan jadi 3 lapis je kot. 
6. sejukkan dalam freezer.

boleh juga disejuk bekukan. tapi best bila letak kat bahagian freeze biasa. rasanya, hmmmm yummy macam eskrem pun ade macam tiramisu cheese puh hade.. enjoy trying!

tata