Saturday 7 September 2013

Homemade steamboat

assalamualaikum,

lately memang agak terasa nak makan steamboat. so sempena birthday aku hari tu, abah belanja makan steamboat kat pulau duyong. bersaksikan scene malam di Pulau Duyong, maka kami santaplah steamboat tersebut. pricenya gila murah. try la pergi kalau anda singgah di Pulau Duyong, Terengganu. 

disebabkan ketidakpuashatian, rasa nak makan lagi, aku menyuarakan hasrat nak beli dapur steamboat tu kat mak aku. wooowww mak and maknah aku juga terlintas perkara yang sama. lalu hari tu jugak kami ke Giant untuk membelinya. tak banyak pilihan kat sana,tapi cam berkenan dengan brand pensonic. price nya RM 130.00.
tadaaaa!
Ni pulak bahan2 yang diperlukan untuk steamboat. suka hati nak masak ape.

seafood + ayam + daging
mix vegetables + ready made instant



sos yang aku buat sendiri
resepinya ada kat bawah ye. sila scroll. :)
get ready

hmmmmmm
actually, tak rugi kalau buat homemade steamboat ni. budget untuk bahan makanan takdelah mahal sangat cuma kena invest kat dapur nye je. tu pun sekali je untuk berkali kali guna.

nak lagi save, pakai je rice cooker atau beli je dapur single yang guna gas tu. baru RM 39 Je kat Giant. cuma korang kena guna periuk and tong gas mobile la (agak leceh). berbaloi la compare korang makan kat kedai kan. satu kepala dah berapa kan???( hehe statement kedekkkk.....ut)


ok ini bahan -bahan untuk buat sos ala2 Johny tu ye:

1. 5 biji cili api
2. 5 ulas bawang putih
3. minyak bijan
4. 2 ts cuka/ apple cider
5. 2 ts sos ikan
6. 1 ts sos tiram
7. 1 ts sunquick
8. sedikit gula
9. bijan yang telah disangai

caranya:

1. blender bahan 1-6 dan masak sehingga mendidih
2. masukkan sunquick kemudian rasa la ye. nak seosoning ngan garam / gula perlu ikut citarasa masing2.
3. tutup api, kemudian masukkan bijan yang telah disangai.

ok siap. selamat mencuba. sheedddddaaapppp!

alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment