Monday 21 October 2013

daging salai

entry ke dua untuk hari  ni. daging salai? senang je. aku salai banyak2 untuk buat lauk.. dah banyak sangat daging korban kat peti ais tu, so menyalai adalah terbaik untuk maintain kan rasa dia biarpun disimpan lama2 dalam ice box.

salai dalam pasu bunga
 nape aku guna pasu bunga? nape tak guna tempat grill? sebab pasu dibuat dari tanah. dikatakan asap akan lebih wangi jika guna pasu/tembikar. aku tak taula ni fakta ke auta. belasah je la. sememangnya daging salai ini ada bau asap yang ala2 naikkan selera gtu.

dah siap salai


cara buat daging salai ni, mudah je. daging tu tak perlu diseason dengan apa2 pun. juz salaikan dia untuk hilangkan darah daging tersebut. then dah ok, simpan la dalam ice box. boleh dimasak bila2 masa. resepi daging salai yang paling aku suka adalah... Masak lemak cili api daging salai. ni makanan biasa dibuat di kampung aku di pahang. kira ni resepi tok aku la.

cubala ye. cara masak, sama je dengan masak lemak cili api negeri sembilan tu. cuma yang berbeza adalah lauknya iaitu daging salai.

selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment