Saturday 24 August 2013

first trimester yang menguji

Alhamdulillah, my lil baby in my tummy dah masuk 18th weeks. so far, baby sihat and normal tapi mama dia agak terlebih muatan. maklumlah... raya kan? kan? insyaallah i will fix it. deng deng deng.

17th weeks means dah masuk stage second trimester. so, today, aku nak cerita la experience 1st trimester aku yang betul-betul menguji seorang mama to be. aku stay ngan hubby kat johor,kononnya nak sama-sama merasai susah dan senang pregnancy ni. hukhuk.

so, disebabkan stay sana, mak n makcik aku takde la bersama kan? segala kerja rumah tu memang aku la yang buat. at first, ok lagi. masuk je bulan ke dua pregnancy, aku mengalami alahan yang agak teruk sehingga kan terpaksa masuk air. hahah. tak pernah sepanjang hidup aku diperlakukan sebegitu. aku mengalami:

1) 20 hours muntah2. segala benda makan mesti mau keluar dalam hanya beberapa minit sahaja
2) pimples meriah sangat2 kat muka sampai meninggalkan parut yang banyak. arghhh... ibu mengandung    
    seharusnya berseri...but me?
3) alah pada bau suami tu sikit2
4) alah pada bau sabun basuh pinggan and basuh baju- maksudnye siapa yang akan basuh pinggan and  
    baju? hehe
5) tak boleh bau masakan yang sedang di masak. so, siapa yang masak?
6) alahan gelombang telefon. aku rasa mual bila ada sms atau call nak masuk.

Thanks to Allah sebab bagi aku husband yang sangat membantu. hubby balik je kerja, dia masak. dia la basuh pinggan. dia la jemur baju. sian dia.dia tak merungut tapi sometimes, aku tengok jugak dia masam je. heheh. ye la, dah penat kerja kan. and i feel really useless at that time.

tapi itu tak lama. aku gagahkan diri jugak. masuk je 3bulan setengah, aku still muntah2 tapi takkan nak rest manjang kan? aku pulak take over semua tu. cuma sekali sekala kalau rasa sangat tak larat, untuk berbuka puasa, aku suruh je hubby beli. heee. terima kasih, abang.

raya di Terengganu tahun pertama ni, so aku decide untuk stay ngan parents aku je sebab takut menyusahkan hubby lagi. perghh, hari ni genap 3 minggu tak jumpa.. rindu bebbb... sabo je la.

No comments:

Post a Comment